Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

Kemudahan R&R disediakan PLUS lahir ramai usahawan kecil

Pengguna jalan raya khususnya di Lebuhraya Ekspres UtaraSelatan (PLUS) sepanjang 846 kilometer (km) mungkin tidak menyedari persinggahan mereka di hentian Rehat dan Rawat (R&R) bukan sekadar untuk menghilangkan penat, tetapi secara tak langsung dapat membantu memperkasakan sosioekonomi negara.

Pada setiap 24 hentian R&R di sepanjang lebuh raya itu hampir semuanya dilengkapi kemudahan infrastruktur dan pastinya wujud beberapa gerai yang menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman, malah ada antaranya mengusahakan produk francais selain mempromosi buahbuahan dan kuih tradisional kepada pelancong dalam dan luar negara.

Hentian yang kini ditambah baik dengan pelbagai kemudahan lain seperti surau dan tandas awam moden dan mesra alam turut menyediakan ruang makan yang lebih besar, bersih, selesa, serta kemudahan kerusi urut moden khas untuk rawatan asas kepada pengguna yang memerlukan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masingmasing. Kebanyakan gerai di situ pula dijalankan oleh usahawan kecil yang tinggal tidak jauh dari hentian berkenaan dan menjalankan perniagaan itu bersama ahli keluarga.

Rakan kongsi bantu tingkat taraf ekonomi

Difahamkan, usahawan kecil itu banyak dibantu rakan kongsi konglomerat berasaskan kejuruteraan, UEM Group Bhd iaitu Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan keluarga mereka.

Persinggahan penulis bersama pihak PLUS di Hentian R&R Seremban dan R&R Nilai, Negeri Sembilan barubaru ini untuk meninjau keberkesanan kewujudan hentian R&R ini dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi usahawan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Ketua Pegawai Operasi PLUS (M) Bhd, Mohammad Fuad Khusairi, berkata lebih 500 usahawan kecil atau peniaga gerai berniaga di 71 kawasan R&R termasuk hentian sebelah dan restoran jejantas di sepanjang lebuh raya PLUS setakat ini. “Mereka memperoleh manfaat hasil kewujudan lebuh raya ini seperti pendapatan yang stabil serta meningkatkan taraf hidup keluarga masingmasing. “Disamping menyediakan prasarana untuk mereka menjalankan perniagaan di situ, PLUS juga melatih mereka menjadi peniaga lebih profesional menerusi program serta kursus yang disediakan kepada mereka,” katanya.

Mohammad Fuad berkata, PLUS memberi peluang lokasi perniagaan kepada masyarakat yang tinggal pada jarak kirakira 30 kilometer dari kawasan hentian terbabit untuk berniaga dan memasarkan produk mereka dalam pasaran secara sihat, stabil dan berterusan. Katanya, aspek latihan yang diberikan kepada mereka berbentuk sistem perniagaan lebih berkesan, prosedur pengendalian makanan, kebersihan, dan konsep mesra pelanggan bagi meningkatkan persaingan sihat dalam dunia perniagaan.


Tanggungjawab sosial korporat

“Penyediaan lokasi gerai di R&R untuk penduduk sekitar adalah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PLUS sejak lebuh raya ini dibuka 25 tahun lalu dan secara tak langsung, ia mewujudkan kirakira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya. Beliau berkata, kini kirakira 34 peratusn daripada keseluruhan gerai yang beroperasi disetiap R&R adalah gerai makanan, gerai minuman (28 peratus), gerai buahbuahan (20 peratus) dan selebihnya gerai menjual menjual produk kraf tangan dan barangan lain “Impak ekonomi hasil pembinaan lebuhraya dan kewujudan R&R secara tidak langsung terhadap masyarakat tempatan memberi pulangan kirakira RM150 juta bagi tempoh setahun,” katanya yang juga menjelaskan impak ekonomi secara langsung dianggarkan sehingga RM650 juta.

Sementara itu, penduduk Kampung Labu di Seremban, Yahya Hamzah, 51, berkata PLUS banyak membantu mengubah kehidupannya yang dulu sebagai pekerja sambilan kepada peniaga berjaya dan mampu membiayai kos pengajian anaknya hingga ke luar negara. “Jika dulu, saya memang agak takut untuk berniaga sendiri malah pernah lari ketika pelanggan nak pesan makanan. Tapi selepas menyertai program PLUS, baru saya memahami kepentingan perniagaan demi masa depan kami sekeluarga. “Syukur apabila terpilih untuk mendapatkan lot kedai di R&R Seremban. Saya mula berniaga dengan menjual kuih tradisional buatan sendiri pada tahun 1993 dan kini sedang menaik taraf perniagaan dengan bantuan teknologi moden,” katanya yang kini menjalankan operasi perniagaan 24 jam.

Bekas pekerja syarikat telekomunikasi berkata, hasil pendapatan daripada perniagaan itulah yang banyak membantu beliau menyara kehidupan keluarga sehingga mampu membiayai sendiri kos pengajian dua anak perempuannya Noraini, 24 dalam bidang kedoktoran di Indonesia dan Norzihan, 21, dalam bidang pereka fesyen di London. Penduduk Nilai, Miserai Siran, 43, yang menjalankan perniagaan bersama lima ahli keluarga di kedai minuman di R&R Nilai, berkata PLUS bukan saja komited dalam usaha menaik taraf setiap R&R, tetapi juga bertindak serampang dua mata membantu rakyat di sekitar hentian itu untuk kehidupan lebih baik. “Jika 18 tahun dulu, R&R ini seperti mati dan tiada pengunjung.

Selepas PLUS menaik taraf kemudahan di hentian ini, pengunjung bukan saja dapat makan dan berehat lebih lama serta membeli kraftangan di sini, tetapi menjadi pelanggan tetap setiap kali berkunjung ke hentian mi,” katanya yang kini mampu meraih pendapatan sehingga RM6.000 sebulan.

Banyak perubahan

Pelanggan tetap hentian R&R Seremban, Azlan Samsuddin, 44, berkata beliau bersama keluarganya kerap berkunjung ke hentian itu jika mahu bercuti ke selatan kerana begitu selesa dengan kemudahan infrastruktur di situ. “Saya lihat banyak perubahan yang lebih positif setiap kali singgah di hentian ini. “Banyak kemudahan dinaik taraf seperti surau lebih besar dan pelbagai pilihan menu makanan disediakan dengan harga berpatutan. Jadi R&R ini tetap menjadi pilihan kami sekeluarga,” katanya yang berasal dari Johor.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata usaha PLUS membantu penduduk setempat sekitar hentian R&R harus dicontohi agensi dan jabatan lain. “Saya menyokong tindakan PLUS dan ia adalah usaha murni berterusan bagi membantu dan mengutamakan rakyat tempatan menjalankan perniagaan kecilkecilan hingga berjaya meningkatkan taraf hidup masing-masing. “Apa yang PLUS buat itu betul. PLUS tidak memberi peluang kepada satu syarikat untuk memonopoli semua R&R,” katanya.
Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment