KUALA LUMPUR – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) kembali ‘menggegar’ dengan 80 peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia mengesahkan penyertaan mereka.
Bermula 19 April ini, kesemua mereka akan berada di ibu negara untuk merebut piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai, sijil serta pelbagai hadah menarik lagi yang dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Nusantara dan Antarabangsa.
Menurut Pengarah Urusan AG Bistari (pengurus acara PABM) , Abdul Halim Ibrahim, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang di hari kemuncak pertandingan itu yang akan akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).
” Kita jangka tahun ini pertandingan akan menjadi lebih sengit kerana para peserta diberi masa dan peluang lebih awal untuk menyediakan teks dan seterusnya menyampaikan pidato mereka.
” Ini memudahkan mereka untuk membuat penyelidikan dan berlatih bila tiba hari sebenar,” katanya.
Untuk rekod, kesemua peserta dipilih oleh kedutaan masing-masing berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka menyampaikan pidato Bahasa Melayu dengan mutu yang membanggakan.
Dalam pertandingan yang dianjurkan Kementerian Pendidikan ini, Johan bagi setiap kategori menerima piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai AS$5,000 (RM15,000), hadiah iringan dan sijil.
Naib johan pula membawa pulang piala iringan dan AS$3,000 (RM9,000), manakala pemenang tempat ketiga menerima piala iringan dan AS$2,000 (RM6,000).
Ini adalah penganjuran kali ke-8 sejak PABM mula diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2007.
Peringkat saringan akan bermula pada 22 April pukul 9.30 pagi manakala peringkat akhir dijadualkan 25 April . Tempat adalah sama iaitu di UPM.
Bersamalah kita memeriahkan PABM 2014 kali ini.
Masuk adalah percuma – SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment