Pelakon Lisdawati menyatakan dia sudah lama memaafkan pelakon Sharnaaz Ahmad di atas pertelingkahan mereka sebelum ini.
Lisda dan Sharnaaz didakwa bergaduh ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerna Aku Tak Cinta (BKATC), beberapa bulan lalu.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Lisda yang baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah Mac lalu mengatakan dia tiada masalah untuk berdamai dengan aktor tersebut malah tidak pernah menyimpan dendam terhadap Sharnaaz.
“Sudah lama saya memaafkan Sharnaaz. Saya juga menganggap isu antara kami sudah selesai sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah, bulan lalu,” katanya memetik laporan akhbar mingguan Bi-Pop, hari ini.
Selain itu, Lisdawati juga menyatakan dia tiada masalah jika digandingkan lagi dengan Sharnaaz dalam mana-mana naskhah filem mahupun drama selepas ini.
“Saya tiada masalah. Lumrah dalam industri, ada yang tidak berpuas hati dan akan bercakap pelbagai benda di belakang kita. Jika tidak berpuas hati sesuatu perkara, bersemuka kerana tiada kesulitan yang tidak boleh diselesaikan. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan hanya kerana mendengar daripada mulut orang lain,” ujarnya lagi.
Baguslah begitu Lisda, benda yang lepas, jangan dikenang. Jadikan semua perkara yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran di masa hadapan.
Yang penting, tidak elok bermusuh apatah lagi sesama rakan artis yang berpijak dalam satu industri yang sama. – SiakapKeli.com
Oleh: Audrey Lee
0 comments:
Post a Comment