Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 27, 2014

No Comment

PERTH, Australia – Misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu akan diperluaskan ke kawasan lain di selatan Lautan Hindi.

Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kawasan baharu itu terletak bersebelahan di kawasan pencarian ketika ini.

Kawasan baharu itu merupakan lokasi paling dipercayai sebagai lokasi pesawat itu terhempas.

Misi pencarian pesawat MH370 itu telah memasuki hari ke-50 semalam.

Sebelum ini, misi pencarian yang menggunakan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 telah melakukan pencarian di kawasan seluas 10 kilometer persegi namun gagal menemui pesawat berkenaan.

Penggunaan Bluefin-21 bagi mencari pesawat itu ditangguhkan kelmarin ekoran masalah kerosakan perisian.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang semasa membawa 227 penumpang dan 12 kru ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berdasarkan analisis radar tentera, pesawat itu berpatah balik dan dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. – Agensi

0 comments:

Post a Comment