HAT YAI, Selatan Thailand – Sebanyak tiga anggota polis dan 17 orang lagi cedera selepas satu letupan berlaku pada satu pertandingan memancing di sebuah pantai di daerah Saiburi, wilayah Pattani kelmarin.
Seorang pegawai polis, Kolonel Panya Karawanun berkata, kejadian itu dipercayai didalangi gerila pemisah Islam.
Menurutnya, tujuh anggota polis yang mengawal keselamatan di lokasi pertandingan merupakan antara yang cedera.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan gerila pemisah Islam melancarkan serangan pada tahun 2004. – AP
0 comments:
Post a Comment