Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat meletakkan Malaysia di landasan baharu diplomatik apabila Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat negara ketika ia menghadapi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam temubual bersama The Wall Street Journal di sini semalam, Perdana Menteri berkata lawatan Obama mulai esok adalah peluang untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan baharu ketika negara menghadapi kehilangan pesawat itu dan kritikan pihak China berhubung pengendalian siasatan itu.

Lebih 150 warga China berada dalam pesawat Boeing 777 apabila ia hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

“Kami bersedia untuk memainkan peranan lebih besar,” kata Najib yang merujuk peranan Malaysia menjadi orang tengah dalam pemeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan pejuang Islam di selatan negara itu.

Beliau juga merujuk kepada peranan Malaysia dalam memulakan rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Islam di selatan negara itu. - BH Online

0 comments:

Post a Comment