Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Mahkamah majistret semalam mengarahkan suspek kes tikam bapa, Mohd Yaser Araffad Johari, 23, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan bermula 25 April hingga 25 Mei depan.

Majistret Rozianti Mohd Hanaphi mengarahkan Mohd Yaser Araffad menjalani ujian mental kerana sebelum ini, tertuduh pernah mempunyai rekod sakit mental.

Tertuduh yang ditahan pada 20 April lalu, didakwa menikam bapanya yang cuba meleraikan pertengkaran antara dia dan tunangnya di hadapan kediaman di Lembah Harapan, Seberang Takir pada 19 April lalu.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, akibat tikaman kuat, mangsa, Johari Yahya, 55, mengalami luka pada bahagian belakang, paru-paru dan patah satu tulang rusuk.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pesara tentera dan kini bekerja sebagai kakitangan kerajaan, mengalami kecederaan agak parah.

“Siasatan berhubung kejadian itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat seorang pegawai perubatan HSNZ pada jam 10 malam hari sama,” katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nor Zafirah Rosli. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment