Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

TIGA pasukan jawatankuasa kementerian yang ditubuhkan kerajaan untuk menyelaras usaha mencari dan siasatan berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka akan membentangkan memorandum pertamanya dalam masa terdekat kepada kabinet.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pembentangan mungkin akan dilakukan semasa mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

“Kita mungkin akan dapat membentangkan memorandum itu kepada Kabinet semasa ia bermesyuarat pada minggu hadapan,” katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin mengumumkan tiga jawatankuasa peringkat kementerian yang ditubuhkan itu terdiri daripada Jawatankuasa Waris Penumpang, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset.

Jawatankuasa Waris Penumpang diketuai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Jawatankuasa Teknikal diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, dan Jawatankuasa Pergerakan Aset diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Selain itu, Hishammuddin berkata mengetahui apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih penting daripada isu hak milik kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Itu jawapan beliau apabila ditanya tentang siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam itu sekiranya ditemui kelak.

“Saya tidak fikir ia adalah penting siapa yang sepatutnya mempunyai hak. Yang penting, adalah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Dan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, kami semestinya akan dedahkan kandungan kotak hitam,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut menerangkan tujuan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berada di London.

“Kabinet telah mengarahkan Peguam Negara untuk melihat kepada segala implikasi undang-undang. Sama ada ia amalan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) atau sama ada ia adalah satu cabaran yang melibatkan diplomasi kerana anda perlu faham ia melibatkan 40 negara.

“Kita ada cabaran diplomatik, kita ada cabaran undang-undang, kita ada cabaran keluarga. Itulah sebabnya kita telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa supaya tanggungjawab ini boleh dibahagikan di kalangan mereka yang mempunyai peluang untuk mendapatkan nasihat pakar yang terbaik dan peguam negara adalah tidak ada bezanya.

“Tidak ada pengecualian apabila ia datang kepada tanggungjawabnya dalam mengkaji aspek undang-undang MH370,’ katanya.

Sebelum ini Hishammuddin telah berkata Abdul Gani berada di United Kingdom bagi membincangkan bersama ICAO dan pakar-pakar lain berhubung siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam MH370.

Di bawah ICAO, negara asal yang memiliki pesawat itu, iaitu Malaysia, adalah bertanggungjawab untuk melancarkan siasatan dan menjaga bangkai pesawat. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment