Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menyerahkan hak melindungi dan menyiasat kotak hitam MH370 sekiranya ia ditemui di perairan Australia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata dari segi perundangan penerbangan antarabangsa, kotak hitam berkenaan kekal di bawah bidang kuasa pentadbiran Malaysia.

“Ini kerana, pesawat MH370 didaftarkan di negara ini, berkenaan agensi mana yang akan menggalas tanggungjawab menyiasat..kita akan umumkan kemudian.

“Australia hanya diminta Malaysia mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di koridor selatan Lautan Hindi, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Amanah Raya Berhad (ARB), di sini, sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment