Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

KANGAR – Kerajaan Perlis hari ini menyerahkan wang ihsan berjumlah RM2.27 juta kepada 26 peneroka yang terbabit dalam pengambilan tanah bagi pelaksanaan projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh Fasa I dan II.

Menteri Besar Azlan Man menyampaikan cek wang ihsan terbabit kepada semua peneroka berkenaan dalam satu majlis di sini.

Berucap dalam majlis itu, Azlan berkata hakikatnya Perlis tidak perlu membuat sebarang pembayaran kerana tanah terbabit adalah milik kerajaan negeri memandangkan peneroka berkenaan tidak pernah memohon hak milik tanah.

“Kerajaan negeri sedar datuk atau bapa tuan-tuan meneroka tanah ini sejak tahun 50-an atau 60-an lagi tetapi tidak memohon hak milik namun bukan menjadi prinsip kerajaan negeri mengambilnya balik tanpa diberi wang ihsan,” katanya.

Menurut Azlan, pemberian wang ihsan itu juga sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas usaha rakyat membangunkan tanah terbabit yang pada akhirnya turut memberi manfaat kepada ekonomi Perlis.

Beliau berkata wang ihsan dibayar mengikut keluasan tanah dan kerajaan negeri juga akan membantu mereka yang tinggal di kawasan terbabit mendapat rumah baharu jika didapati tidak mampu membeli rumah lain.

Penerima hari ini ialah kumpulan terakhir dari kawasan Titi Tinggi, Kurung Batang, Beseri, Wang Bintong dan Kuala Perlis yang membabitkan tanah seluas seluas 9.129 hektar. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment