Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

25
Apr2014
No Comment

SELEPAS satu, satu lagi cerita kurang enak timbul mengenai pelakon jelita, Nur Fathia.

Baru-baru ini, dia dikatakan tidak hadir ke satu sesi penggambaran sehingga menyebabkan pihak berkenaan mengalami kerugian dari segi masa dan wang ringgit.

Cerita tersebut ternyata menambahkan lagi calar pada imejnya yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi berikutan perbalahannya dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab sewaktu rakaman promo drama bersiri Ariana Rose di London.

Enggan membiarkan orang luar terus membuat spekulasi, Fathia tampil menjelaskan perkara itu menerusi Harian Metro:

“Saya betul-betul tak faham kenapa macam-macam benda timbul yang memburukkan nama saya satu persatu. Seolah-olah macam ada satu sabotaj untuk menjatuhkan saya. Bukannya saya tak datang langsung cuma lambat sedikit. Sebenarnya saya mengalami lelah teruk pada hari fotografi itu dan mereka sudah dimaklumkan.

“Apabila tiba di lokasi, mereka batalkan sesi itu kerana sudah lambat tapi mereka cakap semuanya okey sebab mereka faham kelewatan itu ada sebab kukuh. Tapi saya tak sangka pula ada yang menjaja cerita dan burukkan saya ke luar selepas itu.”

Hmm…biasalah tu Fathia. Mungkin mulut kata ‘faham’ sebab tak mahu tunjuk marah depan Fathia.

Selepas ini, beringatlah ya supaya tidak berulang lagi cerita yang sama, takut nanti peminat pula naik bosan mendengarnya.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment