Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menjalankan sebanyak 49,093 pemeriksaan dengan 385 kes dikenakan tindakan melalui Ops Harga yang dijalankan sehingga 7 April lepas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata sepanjang Ops Harga yang dijalankan sejak awal Januari lalu, nilai rampasan yang diperoleh berjumlah RM35,765.39 dan kompaun RM18,600.

“Antara kesalahan yang diambil tindakan termasuk dua kes bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan, tiada tanda harga (211 kes), gagal menggunakan tanda khas merah jambu (25 kes), tiada penentusahan (102 kes) dan petunjuk yang mengelirukan mengenai harga (11 kes),” katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) mengenai rancangan dan strategi kerajaan negeri untuk membantu rakyat meringkankan beban hidup seharian berikutan kenaikan harga barang keperluan asas yang tinggi di Sabah.

Jainab berkata, gerakan pemantauan harga dibuat secara bersepadu dan besar-besaran melalui Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada 8 Jan lalu bagi menangani isu berkaitan kenaikan harga barang yang melampau.

Beliau berkata antara program yang dirancang dan dilaksanakan termasuk projek penyeragaman harga di bandar dan di luar bandar, mewujudkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), memberi kesedaran melalui Pendidikan Pengguna dan memberi penganugerahan Persijilan Kedai Harga Patut kepada kedai-kedai yang memberi kerjasama dalam program yang dijalankan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment