Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 100 pelajar yang mencatatkan keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2013 mesti ditempatkan di universiti terbaik sama ada di dalam atau luar negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, penempatan itu mesti dilakukan tanpa mengira keturunan pelajar terbabit.

“Pemuda UMNO mencadangkan semua pelajar mendapat 12A ini dijamin mendapat tempat dan kursus yang mereka inginkan di universiti terbaik tempatan mahupun di luar negara.

“Kita tidak mahu wujud lagi mereka yang cemerlang tertinggal dan tidak mendapat tempat. Kali ini, kita mesti buktikan bahawa di atas landasan Merit, mereka berhak diberikan tempat tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairul Azwan berkata, langkah itu dapat memberi keyakinan kepada golongan pelajar bahawa mereka tidak akan dipinggirkan atau faktor kaum sekali gus membuktikan semangat 1Malaysia yang diterapkan kerajaan.

Katanya, Pemuda UMNO turut meminta pihak swasta memberi ruang tajaan yang lebih meluas kepada lebih 13,000 pelajar yang mendapat keputusan A dalam semua subjek. 

0 comments:

Post a Comment