Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di KIP Mart Lavender Senawang, Negeri Sembilan bermula 29 Mac hingga 6 April depan.

Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, program itu akan berlansung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Promosi Kraf Malaysia ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna di kawasan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 15 usahawan kraf akan terlibat dalam program itu dan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan.

Antaranya persembahan kesenian, demonstrasi pembuatan kraf, pendidikan kraf dan jualan produk kraf.

0 comments:

Post a Comment