Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kekalahan MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam membuktikan pengundi lebih mementingkan isu-isu nasional berbanding pelbagai isu tempatan yang dibangkitkan oleh parti bertanding dalam PRK DUN Kajang kali ini.

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kekalahan itu juga membuktikan rakyat tidak lagi berminat kepada politik negatif.

“Kekalahan ini amat menyedihkan. Kita tidak perlu membangkitkan tentang perubahan sentimen pengundi kaum tertentu tetapi bertanya mengapa seorang Naib Presiden MCA boleh tewas 14 daripada 16 Pusat Daerah Mengundi di Kajang.

“Saya harap BN menghentikan sidrom penafian, keluar daripada keselesaan dan bertindak ke atas isu-isu yang timbul daripada sekadar `berlakon’ tiada masalah dalam polisi dan pengurusan dalaman” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

PKR semalam mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 16,741 undi mengatasi Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang meraih 11,362 undi manakala sebanyak 176 undi ditolak.

Tee Keat turut melahirkan kekesalan kerana mendakwa tawaran beliau untuk membantu MCA dalam PRK DUN Kajang sebelum ini diabaikan oleh parti itu tanpa sebab yang diketahui.

Justeru, dakwanya, adalah penting untuk Mesyuarat Majlis Tertinggi BN akan datang mengenai penyertaan semula wakil MCA dalam Kabinet untuk memenangi semula hati rakyat.

0 comments:

Post a Comment