Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menasihat orang ramai supaya berwaspada dengan satu sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM untuk melakukan aktiviti penipuan.

BNM dalam satu kenyataan media turut memaklumkan, sindiket itu turut melakukan aktiviti itu dengan menyamar sebagai pegawai bank komersial atau agensi penguatkuasaan termasuk polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Mereka yang menyamar ini berniat untuk menipu orang ramai supaya memindahkan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali yang kononnya selamat dalam simpanan BNM.

“Aktiviti penipuan ini dilakukan melalui pelbagai cara termasuk panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau dalam bentuk komunikasi lain.

Justeru, BNM meminta orang ramai supaya tidak mudah mendedahkan maklumat kewangan peribadi kepada mana-mana pihak dan jangan membuat pindahan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.

Mereka juga diminta supaya selalu berhubung dengan pihak bank untuk mengesahkan identiti akaun pihak ketiga yang tidak dikenali untuk mengelak daripada ditipu.

“Orang ramai boleh berhubung terus dengan BNM melalui talian 1-300-88-5465 atau faks kepada 03-2174 1515 atau e-mel kepada bnmtelelink@bnm.gov.my.

“Bagi menghantar pertanyaan atau aduan melalui SMS, taip BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, layari http://fraudalert.bnm.gov.my atau berinteraksi dengan kami melalui http://facebook.com/bnm.official,” kata kenyataan itu.

Modus operandi sindiket terbabit adalah seperti berikut:

•Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon untuk mengesahkan transaksi kad kredit yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

•Apabila mangsa menelefon nombor telefon yang diberikan dalam SMS, mereka yang menyamar ini akan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank perdagangan dan meminta mangsa memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

•Selepas pengesahan, mangsa akan diminta untuk mengesahkan sama ada transaksi kad kredit telah dibuat.

•Apabila mangsa menafikan berlakunya transaksi tersebut, mangsa akan dinasihati supaya membuat laporan kepada “Unit Kad Kredit Palsu” Bank Negara Malaysia, atau “jabatan pengurusan kad kredit” bank-bank perdagangan. Mangsa akan diberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” tersebut.

•Apabila mangsa menelefon nombor yang diberikan itu, panggilan itu akan dijawab oleh seseorang yang mengatakan dia pegawai Bank Negara Malaysia. “Pegawai” ini kemudiannya akan meminta maklumat berhubung dengan akaun perbankan dan kad kredit mangsa.

•Mangsa akan diarah untuk memindahkan wang di kaunter atau menerusi ATM ke akaun pihak ketiga dengan alasan untuk memastikan wang mangsa disimpan dengan selamat dan untuk tujuan penyiasatan.

•Mangsa akan diarah supaya tidak memberitahu sesiapa kerana kononnya tindakan ini mungkin akan menjejaskan penyiasatan. 

0 comments:

Post a Comment