Komen negatif dari peminat memang tidak pernah terlepas kalau ada foto-foto yang sedikit sensitif melibatkan selebriti kesayangan mereka. Itulah juga situasi yang sedang dialami oleh pelakon sensasi, Nelydia Senrose.
Sekeping foto Nelydia sedang dipeluk oleh mat salleh bernama Mariosalvatori yang merupakan Executive Vice President of LFASIA, membuatkan segelintir peminatnya geram dan tidak senang. Mereka kemudian meninggalkan komen-komen yang agak negatif dan berbaur sindiran.
Bagaimanapun, ada juga pengikut Nelydia yang menyokong tindakannya sebagai tidak keterlaluan dan meminta rakan lain menghentikan sebarang komen yang berbentuk negatif.
Bukan mudah untuk bergelar artis popular. Kerana mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.
Pastinya, Nelydia sudah sedia maklum akan perkara ini dan tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan pengikut-pengikutnya di Instagram
0 comments:
Post a Comment