Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

Guangxi – Dua pencuri binatang hampir maut dibelasah penduduk di bandar Guilin selepas ditangkap ketika mahu mencuri anjing peliharaan penduduk di kawasan berkenaan untuk dijual kepada restoran sebagai hidangan makanan.

Pencuri terbabit dipukul oleh penduduk setempat dengan menggunakan batu bata dan kayu.

Kegiatan mereka sudah lama dikesan penduduk.

Modus operandinya ialah dengan memandu kereta di sekeliling kawasan berkenaan dan apabila mendengar bunyi salakan anjing, mereka akan mencampakkan umpan berupa daging.

Daging itu telah dicampur dengan ubat tidur, dan selepas anjing terbabit tidur, mereka akan memukul kepala anjing tersebut dan memasukkannya ke dalam kereta.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kegiatan mereka itu telah disaksikan oleh seorang penduduk yang kemudiannya memaklumkan kepada penduduk lain sebelum mereka beramai-ramai menyerbu kenderaan dinaiki pencuri terbabit.

Kereta pencuri itu dipecahkan dan pencuri terbabit telah diheret keluar sebelum mereka dipukul.

Penduduk turut meminta pampasan berupa wang berjumlah £500 dan kedua-duanya hanya dibebaskan selepas mereka meminta maaf dan berjanji membayar pampasan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment