Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang berjaya menangkap seekor gajah liar di Ladang Sindora di sini.

Pengarah Jabatan Perhilitan Johor, Hasnan Yusop berkata, gajah itu ditangkap oleh empat kakitangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga kakitangan unit Gajah Kuala Gandah, Pahang di pinggir Ladang tersebut.

“Gajah bersaiz tapak 31 cm ini gajah dari kawasan Hutan Simpan Lenggor yang keluar dari kawasan hutan dan mendatangkan konflik di ladang itu dan Kampung Ilham serta Kampung Sri Timur,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasnan berkata, gajah itu dipindahkan ke hutan Endau Rompin lewat malam ini dengan menggunakan sebuah lori.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat tentang kehadiran hidupan liar di kawasan mereka dengan segera kepada Perhilitan. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment