Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,518 kes demam denggi berlaku di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dari 13 hingga 19 April lalu.

MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 12 kes terbabit disahkan kes demam denggi berdarah.

“Sebanyak 2,168 daripada semua kes demam denggi tersebut disahkan positif kes denggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, MPSJ meminta orang ramai bekerjasama menangani wabak itu di Subang Jaya.

Mereka diminta memastikan kawasan rumah terutama halaman rumah bebas pembiakan nyamuk aedes.

Orang ramai turut digesa menasihati jiran bagi berkaitan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes.

“Masyarakat juga diminta menghapuskan tempat pembiakan aedes dan memaklumkan MPSJ jika ada premis kosong berpotensi pembiakan aedes,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment