Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini mengumumkan pasukan mencari kini amat yakin rangkaian isyarat ‘ping’ yang dikesan di bawah permukaan Lautan Hindi sejak Sabtu lepas adalah datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
Memetik kenyataan Abbott dilaporan ABC News, beliau membuat kenyataan itu di Shanghai, China.
Pasukan mencari di kawasan terpencil lautan itu kini telah mengecilkan lokasi mencari dan kini cuba mencari punca isyarat berkenaan.
“Lokasi pencarian telah diperkecilkan selepas mengesan beberapa rangkaian isyarat, sesetengahnya dikesan untuk tempoh yang panjang.
“Bagaimanapun, kita perlu memastikan dari mana isyarat itu datang dan kami yakin isyarat dari kotak hitam itu semakin lemah. Kita akan cuba mencari lebih banyak maklumat sebelum isyarat berkenaan kehabisan bateri,” katanya.
Kotak hitam pesawat MH370 yang diburu sejak kehilangannya pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, bakal menjawab pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai kejadian yang mengejutkan industri penerbangan dunia itu. – SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment