Jika mahu memperkatakan tentang ironi, inilah contoh terbaik!
Seorang wanita di Rio de Janiero, Brazil cuba diragut ketika dia sedang ditemubual berkaitan kadar jenayah yang kian meningkat di bandaraya tersebut.
Secara tak langsung, kejadian tersebut berjaya dirakamkan jurukamera bagi stesen televisyen yang sedang bertugas.
Wartawan yang menemubual wanita tersebut cuba mengejar peragut berkenaan namun gagal apabila dia pantas menyusup di balik jalanraya yang sibuk.
Peragut tersebut bagaimanapun hanya sempat memutuskan rantai yang dipakai namun tidak berjaya melarikannya.
Pungutan pendapat awam berkaitan peningkatan kadar jenayah dilakukan oleh program berita bagi stesen TV Globo ekoran timbul kebimbangan memandangkan Piala Dunia bakal berlangsung dua bulan sahaja lagi.
Antara jenayah yang dikesan baru-baru ini adalah sindiket membuat kad debit pendua pelancong yang menggunakan mesin ATM di lapangan terbang di sana.
Rio de Janeiro akan menjadi tuan rumah bagi beberapa perlawanan Piala Dunia, termasuk perlawanan akhir. - SiakapKeli.com
Oleh: Rem Ramzi
Sumber: npr.org
0 comments:
Post a Comment