Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Selangor akan mengumumkan keputusan tempoh pelan catuan air dalam dua minggu lagi, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu bagi membincangkan isu tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita akan membuat keputusan mengenai (tempoh) pelan catuan air ini selepas habis sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kerajaan negeri juga akan mengumumkan hasil perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung penstukturan semula air di negeri ini,” katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.

Pelan catuan air di Selangor yang bermula 27 Feb lepas kini berada pada peringkat keempat dan akan diteruskan sehingga penghujung April ini.

Sementara itu, dalam sidang DUN, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata ketika ini terdapat peningkatan paras air di beberapa empangan di negeri ini termasuk empangan Klang Gates dan Sungai Selangor.

“Kita harap catuan hanya berlaku sehingga April sahaja kerana mengikut jangkaan Jabatan Meteorologi, kadar hujan dijangka meningkat pada April dan Mei, jadi kita harap kita mempunyai bekalan air yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment