Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

SUSULAN kejadian dua anggota peronda polis (MPV) yang cedera parah ditembak di Ampang kira-kira jam 11 pagi tadi, akhbar Harian Metro melaporkan suspek mempunyai tatu ‘Harimau’.

Tembakan dikatakan mengenai bahagian perut seorang anggota polis, manakala satu lagi tembakan terkena bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.

Sebelum kejadian itu, dua anggota polis berkenaan menahan sebuah motosikal yang dinaiki oleh suspek pertama untuk pemeriksaan selepas mendapati dia dalam keadaan mencurigakan.

Pada masa yang sama, mereka melihat suspek kedua berada berhampiran suspek pertama yang dilihat cuba melarikan diri.

Dua anggota polis tersebut kemudiannya mengejar suspek kedua sebelum suspek pertama melepaskan tembakan ke arah mereka.

Kedua-dua suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap itu kini sedang diburu polis dan dipercayai melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar telah mengedarkan fotofit seorang daripada suspek yang melepaskan tembakan.  - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment