Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tiada kes baharu Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) di kesan di Malaysia sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu yang pernah mendekati seorang jemaah umrah di Johor yang maut akibat wabak itu juga disahkan sihat.

Justeru, beliau memaklumkan tempoh pengawasan kesihatan selama 14 hari ke atas semua individu terbabit telah tamat semalam.

“Sehingga 27 April 2014, seramai 222 `kontak’ berjaya dikesan di seluruh negara dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat.

“Tiada sampel dikesan positif jangkitan MERS-CoV daripada 79 sampel yang diambil dari kontak rapat bergejala dan tidak bergejala.

“Maka, Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kes baharu jangkitan MERS-CoV dilaporkan di seluruh negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima laporan 261 kes MERS-CoV membabitkan 93 kematian dari seluruh dunia.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam khususnya yang ingin mengerjakan umrah atau haji atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV supaya mengambil langkah pencegahan.

Jelasnya, maklumat berkaitan jangkitan MERS-CoV boleh diperolehi melalui laman web http://www.moh.gov.my. 

0 comments:

Post a Comment