Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya, Selasa lepas.

Muhammad Azry Muhammad Yusoff, 34, didakwa membunuh Mohd Johar Abu Hassan, 30, di 888-4-17, Flat Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Brickfields, di sini antara pukul 6.30 pagi dan 8 pagi, 22 April tahun ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Azry semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki warga Myanmar, Mohd Jaafar Mohd Jalal, 43, didenda RM800 atau empat bulan penjara selepas mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada rakan senegaranya awal bulan lepas.

Dia didakwa menumbuk muka Ba Htin, 46, sehingga mengalami kesakitan dan luka, di kawasan berhampiran kedai runcit Mohammed Ali, di Kampung Cheras Baru, Cheras, di sini, pukul 11.45 malam, 6 April lepas.

Mohd Jaafar, yang bekerja sebagai pemotong daging, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes berlaku pertengkaran antara tertuduh dan mangsa sehingga menyebabkan mangsa yang merupakan pekerja ladang ditumbuk menggunakan tangan kanan dan mengalami kecederaan di hidung.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana dia telah melakukan kekerasan terhadap mangsa.

Bagaimanapun, Mohd Jaafar yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda kerana dia merupakan penanggung utama keluarga yang menyara isteri dan tiga orang anaknya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment