Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 28, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang tahanan lokap di Balai Polis Bayan Lepas yang mengadu sakit perut, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata lelaki berusia 56 tahun yang ditahan pada 22 April lepas di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar atas kesalahan dadah itu disahkan mati pada jam 8.45 malam.

“Lelaki itu mempunyai 12 rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan keputusan bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada ulser gaster,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit adalah penagih dadah tegar dan mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Balik Pulau sehingga 5 Mei ini untuk membantu siasatan mengenai aktiviti pengedaran dadah di sekitar Teluk Kumbar. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment