Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 6, 2014

No Comment

MUKAH – Dua warga Indonesia, yang bekerja di sebuah ladang sawit di kawasan pedalaman di sini, dijumpai mati dikelar ketika sedang tidur di kediaman mereka pada 2 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah DSP Omar Bakhtiar berkata mangsa dikenali sebagai  Stepenus Dara, 24, dan Roti Nus Muda, 34.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini pegawai dari syarikat berkenaan melaporkan pembunuhan itu di Balai Polis Stapang pada 2.30 pagi dan kes itu kemudian dirujuk kepada polis Mukah.

Sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Peter Yong bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 4 pagi berikutan keadaan jalan ladang yang kurang baik, katanya.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di badan. Kami mengesyaki seorang lagi warga Indonesia yang juga teman sekampung mereka yang melakukan pembunuhan itu,” katanya.

Omar berkata suspek yang melarikan diri sebelum pasukan polis tiba berjaya dikesan di sebuah rumah panjang kira-kira 22 kilometer dari situ.

“Kami menahannya pada 2 petang hari sama dan menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sibu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment