Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment
Beberapa letupan gas bawah tanah menyebabkan 20 orang mau
dan 270 mengalami kecederaan di Taiwan. - Foto REUTERS
TAIPEI: Beberapa letupan gas bawah tanah menyebabkan 20 orang maut dan 270 mengalami kecederaan dalam kejadian di bandar kedua terbesar di Taiwan, lewat semalam, kata pihak berkuasa.

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, lima anggota bomba adalah antara mereka yang terkorban. 

Agensi Berita Utama Taiwan melaporkan anggota bomba pada mulanya berada di tempat kejadian bagi menyiasat kebocoran gas dan selepas itu tiba-tiba letupan berlaku. 

Perdana Menteri Taiwan, Jiang Yi-huah berkata, sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan kawasan di Kaohsiung iaitu bandar pelabuhan di barat daya yang dihuni 2.8 juta penduduk.

Sementara itu, rakaman video stesen penyiar ETTV Taiwan menunjukkan api marak dengan besar di tengah jalan di bandar berkenaan sambil asap tebal kelihatan di udara. 

Pengarah Pusat Operasi Kecemasan dan Bencana Kebangsaan, Chang Jia-juch berkata, kebocoran gas yang dikenali sebagai propene itu mengakibatkan kebakaran dan tidak boleh dipadam menggunakan air. Punca kebocoran masih disiasat. - AP

0 comments:

Post a Comment