Dirompak Mat Rempit Selepas Kemalangan
SERDANG - Dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan. Itu yang dialami bekas ahli kumpulan X-Factor, James Vernon Budge atau nama Islamnya Hafiz di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.
Menceritakan kejadian itu, rakan Hafiz yang dikenali sebagai Siew Mei berkata, Hafiz dalam perjalanan dari Pahang selepas menemui isterinya yang baru keguguran anak pertama.
"Hafiz tidak menyedari bagaimana kenderaan yang dinaikinya terbabas kerana ia berlaku begitu pantas.
“Dalam pada dia menanggung kesakitan akibat kemalangan, dia dirompak pula,” katanya.
Menurutnya, mujur orang awam yang menyedari kemalangan tersebut bertindak membantu Hafiz.
“Keadaan Hafiz kini stabil. Dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena serpihan kaca dan kecederaan di dada. Akibat kecederaan itu, dia sudah menjalani pembedahan dan dijangka keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.
Hafiz yang memeluk Islam pada 2000 mengalami kerugian RM2,500.- Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment