Gambar Agong Dibuat Berkecai Atas Jalan, Tak Boleh Dimaafkan
Terdapat satu laman Facebook yang banyak memaparkan gambar-gambar yang mengkritik dan menghina Yang diPertuann Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Gambar tersebut telah direka dengan menampal gambar Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Gambar yang diperkatakan menunjukkan baginda seperti terbaring di atas jalan raya bersama dengan badannya yang hancur. Ternyata mereka yang memuat naik gambar tersebut seorang yang tiada rasa hormat langsung terhadap institusi diraja.
Selain itu, akaun itu juga turut menghina Islam dengan memanggil surat Al-Fatihah sebagai Al-Babiha. Sememangnya gambar tersebut telah mencetus kemarahan ramai pengguna laman sosial.
Gambar sultan yang dimuat naik itu walau bagaimanapun tidak dapat dikesan mungkin kerana telah dipadam. Tapi dengan teknologi yang ada sekarang, sudah pasti ia dapat dikesan kembali.
Perkara ini perlu diambil tindakan segera supaya si pelaku sedar dan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment