Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment

TOKYO: Sebuah gunung berapi di pesisir pantai selatan Jepun terus aktif dengan memuntahkan lava ke laut, demikian menurut imej terbaru yang dipaparkan hari ini.

Nishinoshima, kira-kira 1,000 kilometer di selatan Tokyo, bersambung dengan sebuah pulau gunung berapi kecil yang terbentuk pada November lalu, dan keluasan terbaru kini berukuran 1.26 kilometer persegi, kata pengawal pantai Jepun.

Imej agensi itu menunjukkan beberapa kawah di Gunung Nishinoshima memuntahkan abu setinggi 2,000 meter dan mengalirkan lava ke laut.

Nishinoshima dianggarkan berusia 10 juta tahun. – AFP

0 comments:

Post a Comment