Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014



Jika kita berjalan-jalan di bandar, sama ada shopping di pasaraya mahupun , yang mana tempat yang biasa menjadi tumpuan ramai, tentu kita akan berjumpa seorang dua insan yang seperti gambar di atas.

Mungkin apabila bertemu dengan mereka ini, ramai yang akan buat-buat kononnya tidak nampak.

Namun lain pula cerita yang telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang mana perihatin terhadap masyarakat. Melihat sahaja lelaki ini beliau terus mendekati. Mungkin  

Pada pandangan pertama, saya ingat dia peminta sedekah biasa dan tak ada orang pun baca kertas yang dia sedang pegang, jadi bila saya pergi dekat, dia sebenarnya sedang menjual coklat buatannya sendiri. Sedap! Saya dah cuba dan beli, jadi sesiapa yang ada di sekitar KL Sentral sila datang ke abang ni dan beli coklat yang dia buat sendiri. Dia cakap dia duduk wangsa maju dan nak cuba buat bisnes(cokelat) ni. Tolong tolong bantu dia!”, kata seorang pelanggan pada laman Facebooknya.


Jika diikutkan apa yang dikatakan oleh pengguna Facebook terbabit "Tak ada siapa yang datang baca kertas dia pegang" jelas menunjukkan mentaliti rakyat kita yang memandang sinis kepada golongan ini, sedangkan abang ni sebenarnya berniaga! Satu pekerjaan yang patut dipuji. Sunnah pula tu.

Mungkin benar ramai dari golongan mereka ini yang minta sedekah, bahkan ada juga yang pura-pura tergolong dalam golongan mereka. Mungkin itu punca masyarakat kita berfikiran negetif terhadap mereka. 

Kadang-kadang, yang sempurna tu pun bukan semuanya baik. Seperti yang terbaru kes kutu jalanan simbah minyak kepada seorang pekerja medan selera.

Kepada yang berada di sekitar Wangsa Maju, jom sama-sama pakat beli coklat abang ni. Sorang pelanggan dah cakap sedap, homemade pulak tu  - SiakapKeli.com



0 comments:

Post a Comment