Kompany Kekal Lima Tahun Lagi Bersama Man City
LONDON – Kapten Manchester City, Vincent Kompany sudah menandatangani kontrak baru untuk kekal lima tahun lagi di Etihad, menurut kenyataan kelab berkenaan, semalam.
“Pasukan ini lebih kuat berbanding sebelum ini. Kami ada saingan untuk merebut tempat pada setiap posisi dan bilik persalinan ini memberi motivasi baru untuk menyambung sejarah kelab ini,” kata pemain tengah Belgium itu.
“Saat paling indah dalam kerja saya di City adalah menjulang dua kali kali gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Piala Liga. Saya percaya banyak lagi trofi mampu kami menang selepas ini,” kata Kompany.
Kompany menyertai City dari Hamburg ketika berusia 22 tahun pada 2008. Dia dilantik kapten pada musim 2011-2012 serta berjaya membuat 240 kemunculan untuk kelab dalam semua kejohanan. – AFP
0 comments:
Post a Comment