Mayat Pesakit Ebola Dibiar Mereput Tengah Jalan
Liberia – Wabak Ebola yang kini semakin menular di negara itu membuatkan penduduk mengheret dan meninggalkan sahaja mayat pesakit penyakit berkenaan mereput di atas jalan. Ini kerana ahli keluarga bimbang penyakit tersebut tersebar dalam kalangan mereka.
Minggu lepas, kerajaan negara Liberia telah mengumumkan satu langkah untuk mengawal wabak penyakit itu dengan menutup sekolah, dan melaksanakan kuarantin bagi semua anggota keluarga pesakit Ebola.
Langkah itu bagaimanapun menyebabkan penduduk membiarkan pesakit mereput di tengah jalan supaya mereka tidak dikuaranti dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak dikesan oleh pihak kerajaan.
Tindakan penduduk itu ditentang oleh pihak berkuasa kerana ia akan menyebabkan kemungkinan penyakit itu untuk tersebar lebih luas apabila mereka menyentuh mayat ketika mengheret mereka ke tengah jalan. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment