Setelah beberapa ketika diboikot, McDonald kini telah mengalami kemerosotan mahu dari segi jualan mahupun sokongan pengguna.
Kini, syarikat tempatan Ramly, yang terkenal dengan daging burgernya, menjadi semakin popular di Malaysia. Ternyata hasil dari pemboikotan tersebut mendatangkan kebaikan terhadap syarikat tempatan.
Hal ini boleh dilihat apabila di laman sosial Facebook, ramai pengguna memuat naik gambar mereka menjamu selera dengan burger jenama tempatan itu diikuti dengan hashtag #ramly. Ada juga status yang mengatakan gerai Ramly diserang sehingga pelanggan terpaksa beratur untuk membeli burger.
Jika hendak dibandingkan dari segi harga dan keenakan, sudah tentu burger Ramly ini menang. Ramly burger ini menjadi pilihan gerai-gerai kecil yang menjual burger di Malaysia dan harga yang dijual juga adalah murah .Kepada syarikat Ramly, inilah masa untuk menyinar dan memberikan hidangan terbaik kepada rakyat Malaysia.
Ramly pls tingkatkan kualiti dan kepelbagaian. Memang ramly lebih murah tapi kenapa orang tak pakai handbag biasa2 tapi mahu gucci? McD lebih mahal tapi dianggap classy. Dah ada peluang jangan biar ia berlalu. Repeat business perlu ada alang2 ni. Sudah ada demand, pastikan lekat. Sekarang masa untuk bekerja lebih gigih dan mencari pelanggan tetap, bukan masa untuk berehat sambil mengharap boikot berterusan.
ReplyDeleteAnd tukar Milo ke jenama lain kot?
Deleteinlah masanya utk 'up'kan produk tempatan....bila lagi lah kan????
ReplyDeletetambahkan lagi cawangan restoran ramly seluruh negara.bantu sesiapa yg nak jadi francisor.bagi bantuan kewangan sebaiknya.banyak cawangan ramly,senang kita nak menjamu selera.kasi hapus mcD tu semua.
ReplyDelete