Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KUANTAN – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak akan terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baharu skuad hoki kebangsaan sebaliknya akan melakukan penilaian daripada pelbagai faktor sebelum melakukannya.

Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah buat sementara iniMHC akan memberikan peluang kepada penolong jurulatih hoki negara Arul Selvaraj untuk membuktikan kemampuannya pada aksi Sukan Asia yang akan berlangsung September ini.

“Kita tidak akan mengambil keputusan secara tergesa-gesa dalam soal memilih ketua jurulatih baharu untuk skuad hoki negara, banyak faktor yang perlu perlu dinilai.

“Kita bersedia menimbang calon dari kalangan jurulatih dalam dan luar negara,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bekas pemain bola sepak Pahang, Ahmad Yunus Aliff di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada Sabtu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama baginda menyeru pemain hoki negara supaya menunjukkan komitmen dan mutu permainan yang terbaik kerana tidak guna mempunyai jurulatih yang baik jika mereka terus mempamerkan aksi permainan yang mengecewakan.

“Kalau kita pilih jurulatih yang bagus, pemain pula tidak mahu bermain, tidak mengubah sikap dan tidak ada stamina, tidak ada gunanya juga,” titah baginda.

Tengku Abudllah turut menyuarakan rasa kecewa dengan prestasi hambar dan kemelut pelbagai isu yang melanda skuad hoki kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan isu peletakan jawatan Paul Revington pada Januari lalu, pretasi buruk skuad hoki negara dalam saingan Piala Dunia di Belanda Jun lalu serta kegagalan skuad bimbingan jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma RajAbdullah mempamer aksi menarik pada Sukan Komanwel di Glasgow.

“Persembahan mereka tidak seperti saya jangkakan… saya sedia menerima kritikan dan harap mereka boleh tampil dengan aksi lebih baik selepas ini kerana kita turun (bermain) bukan untuk kalah.

“Tidak guna saya bercakap banyak sebagai Presiden MHC jika sikap mereka masih sama. Lagi kurang saya bercakap, lagi bagus,” titah baginda.

Mengenai tindakan bekas pemain hoki kebangsaan Mohd Faizal Shaari yang enggan mewakili negara, Tengku Abdullah berkata surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pemain berkenaan.

Setakat ini titah baginda, MHC belum lagi memanggil pemain kelahiranTerengganu itu untuk memberi keterangan dan ia dijangka akan dilakukan selepas pemain itu selesai mewakili Terengganu dalam saingan Piala Tun Razak yang bermula pada Jumaat di Stadium Hoki Indera Mahkota.

“Apa saja keputusan diambil selepas ini, dia kena akur dan pihak Jawatankuasa Disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tidak lama lagi,” titah baginda.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment