gambar hiasan |
ONITSHA, Nigeria 28 Ogos - Satu pertempuran antara pengembala etnik Fulani dan petani etnik Eggon menyebabkan kira-kira 60 orang terbunuh di bahagian tengah Nigeria, menurut laporan polis semalam.
Pertempuran tercetus kelmarin di perkampungan Tudun-Ababu dalam negeri Nasawrawa, seminggu selepas penduduk Eggon menuduh golongan Fulanis mencuri anak lembu mereka.
"Seramai 60 orang terkorban dalam pertelingkahan itu. Beberapa mayat turut dibakar sehingga tidak dapat dikenal pasti," kata jurucakap polis, Umaru Ismaila. - REUTERS
0 comments:
Post a Comment