Pelan Internet Baru Celcom Tawar Kadar Data 3GB dan 5GB
CELCOM Axiata Bhd, penyedia telekomunikasi mudah alih, melancarkan pelan Celcom First One khusus bagi pelanggan menikmati liputan internet terpantas dan luas di wilayah Celcom.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan internet terbaharu itu menawarkan pakej internet yang mempunyai data lebih tinggi iaitu pada kadar 3GB dan 5GB.
"Ini adalah satu-satunya pelan tertinggi yang beri pelanggan lebih banyak data dengan jumlah minit serta khidmat pesanan ringkas (SMS) minimum serendah RM68 sebulan.
"Kebanyakan pelan internet selalunya menawarkan panggilan suara dan SMS tanpa had, tetapi berdasarkan data dunia hari ini, itu bukan keperluan yang pelanggan cari, tetapi dengan Celcom First One, pelanggan akan menikmati lebih data dengan sejumlah besar minit panggilan dan SMS," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Celcom sentiasa komited memastikan pengalaman kepuasan pelanggan dipertingkatkan sebagai teras perniagaan syarikat itu.
"Celcom terus komited berada di barisan depan dalam kemajuan Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G melalui penggunaan LTE pesat dan penyelenggaraan rangkaian yang sukar ditandingi dengan tumpuan di luar Lembah Klang.
"Dengan Celcom First One, pelanggan boleh mengharapkan kualiti rangkaian lebih baik untuk pengalaman data lebih bagus," katanya.
Bagi pelan Celcom First One untuk data internet 5GB, pelanggan hanya perlu membayar RM88 sebulan dengan 60 minit panggilan dan 60 SMS, manakala RM68 pula untuk pelan internet 3GB. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment