Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu 10, Jalan Langgar menghala ke Pokok Sena dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata dalam sekatan pada jam 11.40 malam itu, polis turut merampas 455 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000 daripada lelaki berusia 36 tahun itu.

“Polis telah menahan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang enggan memberi kerjasama cuba melanggar anggota polis dan bertindak agresif tetapi berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu beg plastik berwarna hitam yang berisi bungkusan kertas yang mengandungi plastik lutsinar berisi heroin yang cuba disorokkan oleh suspek di bahagian celah kangkangnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Adzaman berkata suspek yang berasal dari Alor Setar itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan bandaraya ini dan mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang.

“Hasil siasatan mendapati bahawa suspek mempunyai 11 rekod lampau yang melibatkan sembilan kes jenayah dan dua kes dadah.

“Kali terakhir suspek ditahan adalah pada tahun 2008 kerana melakukan kesalahan curi motosikal dan bagi kes kali ini suspek akan ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment