Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

LEBIH 60 peratus pendapatan jualan Pizza Hut Malaysia setiap tahun disumbangkan oleh Piza Pan berbanding dua lagi jenis piza yang ditawarkannya.

Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, ini kerana Piza Pan mempunyai kelainan dan keunikan dari segi rasa dan perasanya.

“Menyedari perkara ini, Pizza Hut memperkenalkan Piza Pan baharu yang dipertingkatkan mutunya supaya rasanya lebih enak dengan menambah topping yang lebih banyak,” katanya selepas merasmikan Piza Pan baharu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, katanya, sehingga hujung 2014, enam lagi cawangan Pizza Hut baharu dijangka dibuka mengikut lokasi yang belum ditentukan.

“Pelaburan untuk membuka setiap cawangan baharu dianggarkan di antara RM500,000 hingga RM3 juta bergantung kepada cawangan tersebut,” katanya.

Kang Moon turut berharap Piza Pan baharu tersebut mampu menyumbang kepada 12 peratus perolehan jualan bagi Pizza Hut.

“Melalui kajian dan penyelidikan, kami menitik beratkan kesegaran kerak piza, menyempurnakan gabungan bahan-bahan segar seperti tomato, herba, rempah ratus dan minyak zaitun bagi menghasilkan sos piza yang lebih bermutu, topping lebih bervariasi, segar serta sihat
dalam setiap hidangan piza kami,” katanya.

Pelanggan kini boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk Super Supreme serta tiga jenis piza baru dalam menu iaitu Meat Lover’s Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment