Alijah sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian di Seri Bandi, pagi semalam. |
Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan menanggung kerugian lebih RM50,000.
Alijah yang juga ibu tunggal berkata, biarpun hilang tempat berteduh namun dia bersyukur kerana mereka semua terselamat.
Katanya, anaknya, Mariam Hashim, 35, yang terlebih dahulu tersedar dari tidur sebelum mengejutkannya dan ahli keluarga lain.
“Lepas dikejutkan, kami bertempiaran keluar rumah tanpa sempat ambil barang berharga.
“Api marak terlalu cepat jadi kami tak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya mampu menyelamatkan nyawa sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. ─ Sinar Online
0 comments:
Post a Comment