KEPULAN asap tebal menjulang ke udara selepas diserang tentera udara yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad di pasar Tal Abyad, tengah Raqqa, hari ini. - Foto Reuters |
"Pesawat tentera rejim kerajaan melancarkan lapan serangan udara dengan mensasarkan Raqa dan kawasan sekitarnya," demikian menurut Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, hari ini.
Sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk seorang wanita dan tiga kanak-kanak maut. Lapan daripada mangsa berkenaan adalah daripada satu keluarga.
Serangan itu susulan peningkatan operasi ketenteraan yang dirancang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang mensasarkan kubu dan lokasi IS di utara dan timur Syria. - AFP
0 comments:
Post a Comment