Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 27, 2012

No Comment

Kenduri Saji Lauk Basi
Kenduri Saji Lauk Basi - BALIK PULAU : Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment