Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 7, 2013

3 comments
Bayi Baru Lahir Dibuang Tepi Jejambat


PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat. -SinarHarian

3 comments:

  1. Ini semua berlaku kerana tidak mengamalkan perundangan Islam yang sebenar.
    Malaysia diwartakan sebagai negara Islam tapi sebenarnya mengamalkan sekular. Ugama Islam diperlekehkan dan perundangan ugama diubah semahu mungkin sampai undang-undang syariah tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga saja. Undang-undang syariah sudah jadi perundangan kelas paling rendah yang boleh dicabar di mahkamah sivil.
    Apa punya haprak golongan pemimpin UMNO merendahkan martabat dan menghina ugama Islam. Sebab itu kena tukar. ABU.

    ReplyDelete
  2. abes,ko ingat bergabung dengan DAPig 2 bagusla..langkah mayat Karpal babi 2 dulu sebelum tubuhkan negara islam,,menjadi kuda DAPig..bodohnya,,,ABU (ALLAH BERSAMA UMNO)

    ReplyDelete
  3. Macam mana Allah nak bersama UMNO walhal UMNO yang terang terang menolak undang-undang Islam. Ada otak - lu pikir la sendiri.

    ReplyDelete