NEGARA China kini komited melakukan segala usaha untuk mencari lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan sejak semalam.
Selain itu, rakyat seluruh negara China ketika ini sedang mendoakan keselamatan dan keadaan semua 239 orang yang menaiki pesawat berkenaan.
“Sehingga sekarang, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan di mana lokasi pesawat itu,” kata wakil MAS di Beijing, China pada satu sidang media di ibu negara republik itu yang berlangsung selama 30 minit.
Dua kapal perang Tentera Laut China, “Jinggangshan” dan “Mianyang” turut diarahkan berlayar ke lokasi terakhir radar mengesan kedudukan pesawat MH370, menurut sumber tentera laut.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, kapal “Jinggangshan” dilengkapi dengan peralatan menyelamat, serta alat mengesan bawah permukaan laut dan bekalan makanan dan air, berlayar dari Zhanjiang City di wilayah Guangdong pada kira-kira pukul 3 pagi tadi waktu tempatan.
Kapal berkenaan turut dua helikopter, 30 kakitangan perubatan, 10 orang penyelam dan 52 dua anggota marin turut berada dalam kapal perang itu.
Kapal “Mianyang” pula telah pun berlayar ke lokasi pada malam tadi lebih awal.
Sementara itu di Beijing, sekumpulan 93 orang kakitangan MAS tiba di ibu negara China itu malam tadi.
Menurut jurucakap MAS, pasukan itu akan membantu ahli keluarga penumpang dalam memberikan sokongan emosi dan kekuatan dalam menghadapi situasi sukar seperti ini.
“Apabila lokasi MH370 telah dikenalpasti, MAS akan menerbangkan semua anggota keluarga penumpang ke lokasi pesawat,” kata jurucakap MAS di Beijing itu.
Di China, kira-kira 120 anggota keluarga dan rakan mangsa tiba di Beijing dan ditempatkan di Hotel Lido berdekatan lapangan terbang.
Kementerian Pengangkutan China turut menghantar penyelam ke lokasi perairan berdekatan Vietnam di mana ia dipercayai lokasi pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing berada dan kemungkinan terhempas.
Oleh : IBNU K
0 comments:
Post a Comment