Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Sunday, March 9, 2014

No Comment

Sehingga kini seluruh warga Malaysia dan penduduk seluruh dunia masih lagi menantikan perkembangan terbaharu mengenai ‘misteri’ kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar sejak 1.30 pagi semalam.

Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi semalam dan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Merasai kesedihan sama ialah ahli kumpulan Forteen, Ameerais apabila dikhabarkan abang iparnya, Junaidi Kassim turut tersenarai antara anak kapal dalam pesawat malang itu.

Difahamkan Junaidi, 37, yang merupakan suami kepada kakak sulung Ameer, sudah hampir 15 tahun berkhidmat dengan MAS.

Berkongsikan perkara itu, Ameer menyeru semua peminatnya sama-sama mendoakan kesejahteraan semua penumpang serta krew MH370 yang masih tidak diketahui untung nasib mereka sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment