Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

AMERIKA SYARIKAT menghantar anggota Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk membantu proses siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai sebagai antara penumpang di dalam pesawat itu.

Menurut laporan media LA Times hari ini, seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dijangka sebagai warganegara Amerika Syarikat.

“Ia membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri,” kata pegawai itu.

Pada awal pagi Sabtu, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal menuju ke Beijing hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan dan lokasi terakhir dikesan di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan.

Pesawat itu dijadualkan sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi semalam.

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment