Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

Anggota keluarga dan saudara mara penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak awal pagi semalam meluahkan rasa marah mereka terhadap cara Penerbangan Malaysia (MAS) melayan mereka berhubung kejadian itu.

Agensi media Reuters melaporkan, keluarga mangsa di China dibiarkan ‘dalam kegelapan’ tanpa maklumat di kemas kini secara rasmi oleh pihak MAS atau wakil syarikat penerbangan berkenaan menemui mereka.

Media-media China juga menyifatkan MAS memberikan respon yang sangat lemah.

“Tidak ada seorang pun wakil syarikat (MAS) di sini, kami tidak menemui seorang pun. Mereka hanya mengunci kami dalam bilik ini dah suruh kami menunggu,” kata seorang lelaki pertengahan usia di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang Beijing di mana keluarga mangsa ditempatkan.

“Kami mahu seseorang memperlihatkan wajah mereka, mereka belum memberikan kami senarai penumpang,” katanya.

Seorang lagi keluarga mangsa, ketika cuba mengelak para wartawan sempat berkata: “Mereka layan kami lebih teruk pada anjing!”.

MH370 membawa 227 penumpang dengan 152 daripada mereka merupakan warga China.

Kapal berkenaan berlepas pukul 12.40 pagi dari KLIA menuju ke Beijing dalam keadaan cuaca yang elok sebelum hilang daripada radar tidak beberapa lama selepas itu.

0 comments:

Post a Comment