Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 7, 2013

No Comment

Sanggup Bayar RM1.4juta Walaupun Banglo Bersebelahan Loji Nuklear
Sanggup Bayar RM1.4juta Walaupun Banglo Bersebelahan Loji Nuklear - SEPASANG suami isteri di England sanggup membeli sebuah banglo di Dungeness yang bernilai £247,000 (RM1.4 juta) walaupun bersebelahan dengan sebuah loji tenaga nuklear. Pasangan warga emas yang baru berkahwin itu, Roger Gillett, 57, dan isterinya Anne Durling, 57, dipercayai berbuat demikian kerana kawasan sekitar tepi pantai di situ amat menarik.
Kediaman tiga bilik itu terletak 66 kilometer dari London dan hanya dipisahkan sejauh 91 meter dari tapak stesen janakuasa nuklear yang menempatkan tiga loji reaktor berasingan.
“Sejak melihat rumah ini, kami tahu yang kami meminati kediaman ini dan jika kami tidak dapat, hidup kami tiada erti lagi,” kata Durling, pesara di Kementerian Pertahanan Britain.
Suaminya, Gillett, yang pernah bekerja sebagai jurutera selama 32 tahun di sebuah stesen tenaga elektrik berkata, banglo itu sesuai kerana bersebelahan dengan laut. – paapaada.blogspot

0 comments:

Post a Comment